CIRI-CIRI WAWASAN DIRI
JELAS DAN MUDAH
DIFAHAMI
•
Dapat menterjemahkannya secara khusus dan terperinci,
mempunyai matlamat hala tuju dan jangka masa untuk dicapai serta tahu akan
bidang yang perlu difokuskan.
PEKA TERHADAP
TUNTUTAN DAN PELUANG
•
Mesti tahu akan kemahiran yang perlu dimiiki untuk
menjayakan wawasan diri.
SEMANGAT DAN TEKAD
YANG KUAT
•
Dapat membantu mengatasi rasa putus asa dan mengerahkan
minda untuk terus berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan wawasan diri yang
telah diwujudkan.
ASLI DAN LAHIR
DARIPADA KEINSAFAN DIRI
•
Terbentuk dengan penuh kesedaran dan tidak mudah goyah
serta tidak mudah berubah.
DAYA DORONGAN DIRI
YANG TEGUH
•
Sebagai faktor tolakan yang sentiasa mendorong untuk
berusaha melakukan sesuatu.
•
Meningkatkan keyakinan, dedikasi, dan kesedaran tenteng
misi, hala tuju dan matlamat.
BENAR-BENAR
DIPERLUKAN
•
Dengan bersandarkan keinginan yang kuat, anda akan
terdorong untuk berjuang dengan tabah hingga dapat mengatasi sebarang rintangan.
LANGKAH-LANGKAH
MENCIPTA WAWASAN DIRI
MENGGAMBARKAN
WAWASAN DIRI
Ø
Contohnya, pada masa hadapan, saya mahu
menjadi peguam yang berjaya, berdedikasi, beriman, dan dapat berbakti kepada
masyarakat dan negara serta mempunyai firma guaman saya sendiri.
MENETAPKAN
HALA TUJU
Ø
Hala tuju mestilah jelas, khusus, dan
mudah difahami supaya matlamat yang telah ditetapkan kekal tidak berubah.
MELAKUKAN
PERANCANGAN UNTUK MENCAPAI HALA TUJU DIRI
Ø
Contohnya, saya mesti lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan SPM, terutamanya subjek Sejarah.
Ø
Ketika merancang hala tuju, anda
seharusnya telah membuat kajian yang terperinci dan sudah banyak memperoleh
maklumat tentang hala tuju anda.
USAHA
YANG CEMERLANG
Ø
Memastikan perancangan yang telah dibuat
berjaya mencapai matlamatnya.
Ø
Contohnya : Belajar dengan bersungguh-sungguh,
membuat jadual waktu peribadi dan mematuhi jadual tersebut dengan
bersungguh-sungguh serta melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran teknologi
maklumat.
Ø
Memikirkan cara-cara untuk mengatasi
masalah jika usaha yang dilakukan itu menghadapi kegagalan.
SIKAP
YANG BERWAWASAN
Ø
Contohnya : Kreatif, berani berubah,
sedia menghadapi cabaran, dan sentiasa positif dengan keperluan masyarakat, dan
Negara.
*>MATLAMAT WAWASAN TERCAPAI<*
ASPEK
PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG
(JERIS)
JASMANI
•
Menjurus kepada kecergasan
dan kesihatan.
•
Jasmani yang
sihat dan cergas membolehkan individu menggunakan tenaga fizikal untuk
kepentingan masyarakat dan berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
•
Jasmani yang
sihat dapat diperoleh dengan melakukan senaman, mengambil makanan yang
berkhasiat, dan melakukan pemeriksaan secara berkala.
EMOSI
•
Berkaitan dengan
perasaan.
•
Insan yang baik
adalah insan yang mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang serta pandai
mengawal serta mengendalikan emosi dirinya ketika sedih, marah, takut, dan sebagainya.
•
Insan yang dapat
mengawal emosi dirinya akan bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.
ROHANI
•
Mempunyai
hubungan dengan sifat kejiwaan dan kebatinan.
•
Sentiasa
menyedari dan menginsafi kewujudan Tuhan serta menghargai dan mensyukuri pemberian-Nya.
INTELEK
•
Tumpuan yang
lebih bermakna kepada daya fikirnya
•
Sentiasa
berusaha mendapatkan, meningkatkan, dan menyebarkan ilmu.
•
Merangsang
pemikiran yang kreatif dan kritis serta mampu menghasilkan idea-idea yang
bernas.
•
Daya fikir yang
tinggi.
•
Berfikir secara
matang dan logik.
SOSIAL
•
Dapat memahami
dan menerima serta menghormati budaya orang lain.
•
Dapat
berkomunikasi dengan baik walaupun berbeza agama, bangsa dan kaum.
thanks for sharing the notes
ReplyDelete