Tema 1

CIRI-CIRI WAWASAN DIRI


JELAS DAN MUDAH DIFAHAMI
         Dapat menterjemahkannya secara khusus dan terperinci, mempunyai matlamat hala tuju dan jangka masa untuk dicapai serta tahu akan bidang yang perlu difokuskan.


PEKA TERHADAP TUNTUTAN DAN PELUANG
         Mesti tahu akan kemahiran yang perlu dimiiki untuk menjayakan wawasan diri.


SEMANGAT DAN TEKAD YANG KUAT
         Dapat membantu mengatasi rasa putus asa dan mengerahkan minda untuk terus berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan wawasan diri yang telah diwujudkan.


ASLI DAN LAHIR DARIPADA KEINSAFAN DIRI
         Terbentuk dengan penuh kesedaran dan tidak mudah goyah serta tidak mudah berubah.


DAYA DORONGAN DIRI YANG TEGUH
         Sebagai faktor tolakan yang sentiasa mendorong untuk berusaha melakukan sesuatu.
         Meningkatkan keyakinan, dedikasi, dan kesedaran tenteng misi, hala tuju dan matlamat.


BENAR-BENAR DIPERLUKAN
         Dengan bersandarkan keinginan yang kuat, anda akan terdorong untuk berjuang dengan tabah hingga dapat mengatasi sebarang rintangan.





LANGKAH-LANGKAH MENCIPTA WAWASAN DIRI


MENGGAMBARKAN WAWASAN DIRI
Ø Contohnya, pada masa hadapan, saya mahu menjadi peguam yang berjaya, berdedikasi, beriman, dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara serta mempunyai firma guaman saya sendiri.


MENETAPKAN HALA TUJU
Ø Hala tuju mestilah jelas, khusus, dan mudah difahami supaya matlamat yang telah ditetapkan kekal tidak berubah.


MELAKUKAN PERANCANGAN UNTUK MENCAPAI HALA TUJU DIRI
Ø Contohnya, saya mesti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, terutamanya subjek Sejarah.
Ø Ketika merancang hala tuju, anda seharusnya telah membuat kajian yang terperinci dan sudah banyak memperoleh maklumat tentang hala tuju anda.


USAHA YANG CEMERLANG
Ø Memastikan perancangan yang telah dibuat berjaya mencapai matlamatnya.
Ø Contohnya : Belajar dengan bersungguh-sungguh, membuat jadual waktu peribadi dan mematuhi jadual tersebut dengan bersungguh-sungguh serta melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran teknologi maklumat.
Ø Memikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah jika usaha yang dilakukan itu menghadapi kegagalan.


SIKAP YANG BERWAWASAN
Ø Contohnya : Kreatif, berani berubah, sedia menghadapi cabaran, dan sentiasa positif dengan keperluan masyarakat, dan Negara.


*>MATLAMAT WAWASAN TERCAPAI<*





ASPEK PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG

(JERIS)

JASMANI
         Menjurus kepada kecergasan dan kesihatan.
         Jasmani yang sihat dan cergas membolehkan individu menggunakan tenaga fizikal untuk kepentingan masyarakat dan berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
         Jasmani yang sihat dapat diperoleh dengan melakukan senaman, mengambil makanan yang berkhasiat, dan melakukan pemeriksaan secara berkala.

EMOSI
         Berkaitan dengan perasaan.
         Insan yang baik adalah insan yang mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang serta pandai mengawal serta mengendalikan emosi dirinya ketika sedih, marah, takut, dan sebagainya.
         Insan yang dapat mengawal emosi dirinya akan bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.

ROHANI
         Mempunyai hubungan dengan sifat kejiwaan dan kebatinan.
         Sentiasa menyedari dan menginsafi kewujudan Tuhan serta menghargai dan mensyukuri pemberian-Nya.

INTELEK
         Tumpuan yang lebih bermakna kepada daya fikirnya
         Sentiasa berusaha mendapatkan, meningkatkan, dan menyebarkan ilmu.
         Merangsang pemikiran yang kreatif dan kritis serta mampu menghasilkan idea-idea yang bernas.
         Daya fikir yang tinggi.
         Berfikir secara matang dan logik.

SOSIAL
         Dapat memahami dan menerima serta menghormati budaya orang lain.

         Dapat berkomunikasi dengan baik walaupun berbeza agama, bangsa dan kaum.

1 comment: