Tema 2

 TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN



Mengapakah kita perlu berkeluarga?

Keperluan keluarga terbahagi kepada tiga aspek iaitu:-

     SOSIAL
     - Melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan.
     - Memenuhi tuntutan agama.
     - Mengelakkan perlakuan zina antara dua orang anggota dalam
       sesebuah keluarga.

     POLITIK
    -  Menyediakan pemimpin pelapis yang akan mewarisi
       pentadbiran negara. 
   - Menyediakan anggota tentera untuk mengekalkan keamanan
      dan kestabilan negara.

     EKONOMI
     - Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan pembangunan
       negara.
     - Menyediakan pengguna untuk menggalakkan perkembangan
       ekonomi melalui urusan jual beli. 

Peranan anak dalam keluarga:

SOSIAL
-Menjauhkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial

 POLITIK
-Mematuhi undang-undang
-Membalas jasa keluarga
-Taat dan patuh kepada ibu bapa

EKONOMI
-Menyara hidup keluarga apabila sudah besar
-Membantu keluarga yang mengusahakan perniagaan seperti mempromosikan produk yang mereka pasarkan

Peranan ibu bapa dalam keluarga :

SOSIAL
-Mendidik anak-anak daripada terlibat dengan gejala sosial
-Menerapkan nilai hormat-menghormati kepada orang yang lebih tua

POLITIK
-Mengamalkan keadilan dalam keluarga
-Mendidik anak supaya patuh pada peraturan

EKONOMI
-Meningkatkan taraf hidup keluarga
-Menyara hidup keluarga dan memberikan pendidikan terhadap anak.

Ciri-ciri keluarga bahagia :
-Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab
-Berkongsi masa suka dan duka
-Sentiasa bersyukur
-Sabar dan bertolak ansur
-Mengambil berat masalah keluarga
-Saling membantu antara satu sama lain
-Saling berhubung apabila berjauhan
-Mengamalkan gaya hidup sihat

Antara Badan - badan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan :




 













No comments:

Post a Comment