Tema 3

Tema 3 : HIDUP BERMASYARAKAT

Unit 4 : Kepekaan dan Tindakan terhadap Isu dan Masalah Sosial dalam Masyarakat

Terdapat pelbagai isu dan masalah sosial yang mengancam masyarakat terutamanya remaja.

Antara masalah sosial yang mengancam masyarakat:

- Penyalahgunaan dadah
- Pergaulan bebas
- Penderaan
- Vandalisme
- Gengsterisme
- Penyalahgunaan teknologi

PENYALAHGUNAAN DADAH

Punca :
-pengaruh rakan sebaya
-kurang didikan agama
-sifat ingin mencuba sesuatu yang baru
-kurang perhatian daripada ibu bapa

Kesan :
-tubuh badan menjadi lemah
-mudah tersinggung dan naik radang
-mata selalu merah dan berair
-selalu mengantuk

Cara mencegah :
-memberikan pendidikan untuk mencegah penyalahgunaan dadah
-pihak kerajaan haruslah memperketatkan undang-undang dan mengenakan hukuman terhadap pengedar dadah

PERGAULAN BEBAS

Punca :
-kurang kawalan dan bimbingan daripada ibu bapa
-pengaruh rakan sebaya
-ingin kelihatan lebih dewasa
-tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa

Kesan :
-seks bebas
-pembuangan bayi
-keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja

Cara mencegah :
-ibu bapa haruslah meluangkan masa yang lebih bersama-sama dengan anak
-ibu bapa perlulah mengawal batas pergaulan anak-anak

PENDERAAN

Punca :
-tekanan ibu bapa
-masalah kewangan
-kurangnya penerapan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni dalam diri
-kelalaian ibu bapa dalam memberikan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada orang lain

Kesan :
-mengakibatkan trauma kepada diri mangsa
-mangsa suka menyendiri
-mangsa berasa takut dengan masyarakat sekeliling

Cara mencegah :
-menguatkuasakan undang-undang
-berhati-hati apabila memilih pengasuh anak
-mengadakan kempen anti-penderaan

VANDALISME

Punca :
-pengaruh rakan sebaya
-pengaruh media massa
-kurang didikan agama

Kesan :
-merugikan wang kerajaan
-imej negara tercemar
-menjejaskan ekonomi negara

Cara mencegah :
-menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang
-ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak
-peranan semua pihak

GANGSTERISME

Punca :
-media massa
-kurang didikan agama
-sikap suka membuli orang lain
-pengaruh rakan sebaya

Kesan :
-suasana sekolah dan masyarakat tidak aman
-mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran

Cara mencegah :
-memberikan didikan agama kepada anak
-memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak dalam pergaulan seharain
-pihak kerajaan harusalah menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Pencegah Jenayah

PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

Punca :
-mencuri maklumat
-membalas dendam
-mencari kepuasan hati
-mencari keuntungan
-pornografi

Kesan :
-menjatuhkan maruah individu atau pihak-pihak tertentu
-fitnah berleluasa
-imej negara akan tercemar
-maklumat peribadi atau maklumat sulit kerajaan mudah diceroboh

Cara mencegah :
-menguatkuasakan undang-undang
-ibu bapa haruslah mendidik anak supaya menggunakan teknologi yang ada ke arah kebaikan

Unit 5 : Peraturan dan Undang-undang dalam masyarakat

 Norma ialah tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan,contohnya :
- Bersalaman apabila bertemu
- Membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah

Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti.

 Antara amalan norma komuniti dalam masyarakat.
- Adab dalam majlis rasmi dan di meja makan.
- Amalan bergotong-royong.
- Amalan membuka kasut sebelum masuk rumah.
- Anak-anak menghormati dan mentaati ibu bapa atau orang yang lebih tua.
- Dilarang melakukan jenayah yang salah di sisi undang- undang.

Peraturan pula adalah segala yang ditetapkan sama ada secara lisan atau bertulis dan harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.

Contohnya :
- beratur ketika membeli makanan di kantin
- senyap ketika di perpustakaan

Undang-undang ialah peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi.

Contohnya :
- Akta Mahkamah Kanak-kanak 2001 untuk membendung masalah Juvenil

 Antara kepentingan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat adalah:

- Membentuk anggota masyarakat yang beradab, beretika, berdisiplin dan bertanggungjawab.
- Menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara.
- Membimbing dan mendorong kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
- Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
- Mengawal tingkah laku dan perlakuan serta kehidupan dalam sesebuah komuniti.

Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisocial yang dilakukan oleh golongan juvana yang berusia di bawah 18 tahun.

Contoh jenayah juvenil berat ialah :

- Jenayah buli
- Peras ugut
- Jenayah seksual
- Jenayah lumba haram

Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara sebaliknya akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.



5 comments: